5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant.

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 2

 

Sebenarnya, banyak perkara yang perlu dititikberatkan bagi ibu-ibu yang pregnant ni. Bukan saja kesihatan, malah corak pemakanan yang sihat juga sangat penting bagi memastikan kandungan dalam perut sentiasa baik. Namun, antara perkara yang sukar untuk dielakkan sudah semestinya fasa mengidam. Dah nama pun mengidam kan, macam-macamlah makanan yang kita teringin nak makan. Mengidam sebenarnya adalah disebabkan oleh peningkatan hormon dan ia adalah normal bagi ibu yang pregnant.

Kambing Aqiqah

Tapi ingat, mengidam tak bermakna korang boleh makan je apa-apa makanan yang korang teringin nak makan tau! Tahu tak, bila dah pregnant ni, ada makanan yang korang perlu elak dan boleh memudaratkan kesihatan? Bahaya weh!

 

  1. Telur Mentah / Telur Rebus

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 3

Haa nampak macam biasa je kan? Sebenarnya telur mentah, kurang masak atau telur rebus ni mengandungi bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Bila dah keracunan makanan ni, automatik korang akan mengalami cirit-birit, muntah dan sebagainya. Ini akan menyebabkan sistem imun ibu yang pregnant lemah dan menjejaskan perkembangan bayi. Hati-hati!

 

  1. Makanan Mentah / Daging Mentah

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 4

Mesti ramai peminat sushi kat sini kan? Bila dah pregnant ni, kalau boleh hentikanlah sekejap makan sushi tu. Kajian ada membuktikan yang makanan mentah akan mendedahkan seseorang itu, terutamanya ibu yang pregnant kepada bakteria sekali gus mengganggu perkembangan awal kandungan. Bayangkan, bakteria ni boleh merebak ke seluruh badan termasuklah kandungan dalam perut.

 

  1. Kafein Berlebihan

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 5

Antara punca kelahiran bayi premature adalah disebabkan oleh pengambilan kafein yang berlebihan. Mungkin kita tak sedar, tapi kafein sebenarnya terkandung dalam jenis-jenis minuman seperti teh dan minuman bertenaga yang lain. Bagi ibu pula, kafein berlebihan boleh merosakkan kandungan kalsium dalam tulang. Ia berbahaya kerana dikatakan bertindak pantas dan boleh merebak masuk ke dalam plasenta. Jadi untuk kesihatan diri, elakkan ye!

 

  1. Makanan Dalam Tin

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 6

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya makanan dalam tin tak elok untuk ibu yang pregnant. Kenapa? Lapisan dalam tin makanan sebenarnya mengandungi Bisphenol A (BPA) iaitu bahan toksik yang boleh menjejaskan endokrin pada janin. Bukan tu je, ia akan membawa kepada masalah kesuburan, penyakit hati, kanser dan sebagainya.

 

  1. Organ Dalaman

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 7

Organ dalaman juga adalah antara makanan yang perlu dielakkan oleh ibu yang pregnant. Organ dalaman yang dimaksudkan adalah seperti hati, ginjal, otak dan sebagainya. Walaupun sesetengah organ dalaman seperti hati mengandungi nutrien paling tinggi dan banyak vitamin A, namun makanan sebegini tak sesuai diambil oleh mereka yang pregnant. Antara kesannya adalah kecacatan pada muka, kepala atau menyebabkan masalah toksik hati yang kritikal.

 

 

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

 

Korban Aqiqah : Hukum, Syarat dan Cara Perlaksanaan

Kambing Aqiqah

Ibadah korban aqiqah di Malaysia adalah simbolik untuk ianya disekalikan dengan majlis bercukur / memotong jambul. Namun, adakah ianya sekadar adat & budaya Melayu atau ianya sebahagian daripada ajaran Islam?

Dalam artikel ini, kami akan bantu anda fahami hukum, syarat dan cara perlaksanaan ibadah aqiqah.

Korban Aqiqah Kambing

Tujuan Korban Aqiqah

Ibadah aqiqah adalah bertujuan bagi menzahirkan tanda kesyukuran kita kepada Allah swt atas kelahiran bayi yang dikurniakan ke atas kita.

Hukum Korban Aqiqah

Hukum ibadah Aqiqah adalah sunat muaakkad, sunat yang digalakkan ke atas penjaga yang bakal menanggung nafkah hidup bayi tersebut, sekiranya berkemampuan.

Kadar Aqiqah adalah berbeza bergantung kepada jantina bayi iaitu :

Anak lelaki : 2 ekor kambing atau 2/7 daripada seekor unta/lembu
Anak perempuan : 1 ekor kambing atau 1/7 daripada seekor unta/lembu

Syarat Korban Aqiqah

1. Niat ketika penyembelihan
2. Haiwan penyembelihan dalam keadaan sempurna sifat (tidak cacat) dan telah matang (cukup umur)

Bila Ibadah Aqiqah Perlu Dilakukan

Hari ke 7 kelahiran, di sekalikan dengan pemberian nama yang baik serta mencukur rambut bayi.

Namun sekiranya tidak berkemampuan, adalah disunatkan untuk dibuat sebelum anak ini mencapai baligh.

TEMPAH KAMBING AQIQAH MURAH SEKARANG

TEMPAH KAMBING AQIQAH MURAH SEKARANG

TEMPAH KAMBING AQIQAH MURAH SEKARANG