MANFAAT DAN RISIKO MELAHIRKAN DALAM AIR

MANFAAT DAN RISIKO MELAHIRKAN DALAM AIR 2

Kambing Aqiqah

Melahirkan Dalam Air

Melahirkan dalam air adalah proses melahirkan dalam tab mandi air suam. Sesetengah wanita memilih untuk mejalani proses kontraksi dan “pre-delivery” di dalam air dan melahirkan di luar air. Wanita lain memutuskan untuk menjalani proses tersebut di dalam air dan untuk melahirkan juga. Teori di sebalik melahirkan dalam air adalah kerana bayi telah berada dalam kantung cecair amniotik selama sembilan bulan, kelahiran dalam persekitaran yang sama lebih lembut untuk bayi dan kurang tertekan bagi ibu.

Ramai bidan, pusat kelahiran, dan semakin ramai pakar obstetrik percaya bahawa ia dapat mengurangkan tekanan kelahiran dan penghantaran yang dapat mengurangkan komplikasi janin. Melahirkan dalam air harus selalu berlaku di bawah pengawasan seorang penyedia penjagaan kesihatan yang berkelayakan.

MANFAAT DAN RISIKO MELAHIRKAN DALAM AIR 3
Gambar : thebirthhour.com

Jadi apakah manfaat dan risiko bagi melahirkan dalam air?

Manfaat bagi Ibu dan bayi:

  • Suhu air suam menenangkan bagi ibu yang mengalami kontraksi, is juga mengurangkan sakit oleh kerana suhu yang suam itu.
  • Dalam peringkat pra-kelahiran, air telah membuktikan bahawa ia dapat menaikkan tenaga ibu yang melahirkan.
  • Kesan keapungan air membantu untuk menurunkan berat badan ibu, yang membolehkan pergerakan bebas dan kedudukan baru.
  • Keapungan juga dapat menggalakkan penguncupan rahim yang lebih efektif dan cekap. Ia juge menyebabkan pengedaran darah yang lebih baik, mengurangkan kesakitan bagi ibu dan lebih banyak oksigen untuk bayi.
  • Air juga dapat membantu merendahkan tekanan darah tinggi oleh kerana kebimbangan.
  • Air itu seolah-olah mengurangkan hormon yang berkaitan dengan tekanan, yang membolehkan tubuh ibu menghasilkan endorphin yang berfungsi sebagai penghambat rasa sakit.
  • Air menyebabkan perineum menjadi lebih elastik dan ia dapat mengurangkan robek dan keperluan untuk episiotomi dan jahitan.
  • Jika ibu dapat menenangkan diri secara fizikal, ibu dapat fokus dengan lebih baik kerana mentalnya yang dalam keadaan yang baik.
  • Bagi bayi pula, ia dapat menyediakan suasana yang sama seperti di dalam pundi amniotik.
  • Ia juga dapat mengurangkan tekanan kelahiran, dengan itu meningkatkan keyakinan dan rasa aman.
MANFAAT DAN RISIKO MELAHIRKAN DALAM AIR 4
Gambar : nct.org.uk

Risiko Bagi Ibu dan Bayi:

Sepanjang 30 tahun yang lalu, melahirkan dalam air semakin popular, terdapat penyelidikan yang sangat sedikit mengenai risiko melahirkan dalam air. Beberapa kajian di Eropah menunjukkan kadar kematian perinatal yang sama antara melahirkan dalam air dan kelahiran konvensional.

Sekiranya bayi mengalami stres dalam terusan kelahiran atau jika korda menjadi kinked atau dipintal, bayi akan terasa udara dengan kemungkinan menghirup air. Ini akan menjadi kejadian yang jarang berlaku kerana bayi tidak biasa menyedut sehingga mereka terdedah kepada udara. Mereka terus menerima oksigen melalui tali pusat sehingga mereka mula bernafas sendiri atau sehingga tali dipotong.

Risiko berpotensi terakhir ialah korda umbi mungkin terkena ketika bayi dibawa ke permukaan air. Ini boleh dicegah dengan berhati-hati apabila mengangkat bayi ke dada ibu.

Apakah yang perlu disediakan untuk melahirkan dalam air?

melahirkan dalam air
Gambar : surinenglish.com
  • Periksa dahulu dengan penyedia penjagaan kesihatan anda. Mereka mungkin sudah dilengkapi untuk kelahiran dalam air dengan tab khas atau mungkin tahu lokasi di kawasan anda yang dilengkapi untuk ini.
  • Jika anda bercadang untuk melahirkan di hospital, pastikan dasar mereka membenarkan kelahiran dalam air. Peningkatan bilangan hospital adalah ibu bapa yang menyambut kelahiran air.

Jadi kepada ibu bapa yang akan menyambut kelahiran bayi secara melahirkan dalam air atau “water birth” ini, pastikan anda bersedia dari segi mental dan fizikal dan juga pastikan anda mempunyai semua alat yang lengkap bagi menjalani proses ini.

Juga jangan lupa untuk klik link di bawah untuk menempah dari kami, yang menyediakan servis tempahan aqiqah yang cepat dan mudah! Hanya pilih jenis kambing, berat kambing, lokasi anda dan tarikh penghantaran untuk menyemak harga. Isi borang tempahan dan butiran anda untuk memudahkan proses penyediaan tempahan dan penghantaran dan hanya banyar secara online menggunakan Online Banking, Kad Kredit atau tunai di 7 eleven dan petronas. Mudah kan? Tempah lah sekarang!

 

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 6

Nak Sambut Baby Baru?

Nak sambut baby baru ni memang nervous. Jadi, harini kami nak cerita sikit topik sambut baby sebab kebelakangan ni, ramai sangat customer tempah untuk majlis aqiqah anak diorang, banyak betul daging yang ditempahnya! Mestilah, ibu bapa yang baru ni teruja untuk menjalankan kehidupan yang baru dengan kelahiran zuriat sebab apa tujuan berkahwin kalau bukan untuk ada zuriat kan? Tapi ramai juga yang melahirkan tapi tak tahu apa nak buat, sebab itulah pentingnya early parenthood education. 

Kambing Aqiqah

Nak membesarkan baby ni bukan senang, lagi – lagi dengan ekonomi sekarang yang kadang menaik, kadang menurun. Semua aspek kehidupan kena stabil, sebab barang baby, makan baby, baju baby pun boleh tahan juga harga dia. So apa yang perlu disediakan bila hari delivery dah nak dekat?List ni mesti dapat membantu ibu bapa baharu tau! 

So here you go: 

 

1 – Enjoy The Moments

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 7
Gambar : unsplash.com

After baby dah lahir, emotional bonding sangatlah penting. So, make sure untuk menikmati moments awal baby macam masa menyusu, mandikan baby and tidurkan baby. Moments macam ni lah yang dapat memupuk rasa kasih sayang yang kuat.

 

2 – Kasih Is Important

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 8
Gambar : unsplash.com

After baby dah lahir, selalunya nurse akan bersihkan semua tapi as a new parent especially untuk kaum bapa, kena perhatikan and tolong nurse untuk bersihakan sikit-sikit apa yang patut, kalau bukan parents, siapa lagi kan? 

 

3 – Nasihat Kena Dengar Ye!

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 9
Gambar : unsplash.com

For mommies, apa yang doktor and nurses provide, ambil je sebab kalau kaum ibu yang baharu, masi dalam proses pembelajaran so ilmu dan nasihat apa yang diberi tu adalah sebaik-baik nasihat. 

 

4 – Always Thanks “YOU”

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 10
Gambar : unsplash.com

Ni juga untuk kaum ibu, penting untuk mommies berterima kasih dengan diri sendiri sebab ini untuk mengelakkan post-partum depression. Isu ni penting untuk kesihatan mental ibu untuk prepare kehidupan yang baru and penting untuk suami/bapa untuk support mommies. Don’t leave your wives and babies alone, be there for them okay?

 

5 – Semua Kena Ready

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 11
Gambar : siraplimau.com

Bila dah sampai rumah, semestinya keadaan rumah haruslah selesa untuk mommy and baby untuk start hari berpantang yang panjang kan? So, sediakan bakul bekalan bersebelahan dengan tempat yang selesa di sofa di rumah dengan lampin, kain lap, pembasuh tangan, makanan ringan, air, alat kawalan jauh TV, pengecas telefon, telefon rumah, dan lain-lain.

 

6 – Kesihatan Minda Dan Hati

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 12
Gambar : inside.akronchildrens.org

Haaa.. yang ni penting dari segi emosi sebab ibu yang baru melahirkan mestilah ada insecurities sendiri jadi kalau perlu meluahkan perasaan, luahkan sahaja sampai rasa lega. Contohnya, kalau perlu menangis, do it without apology sebab kadangkalah, hormon ibu-ibu ni demanding sikit but it’s okay, you got this girl !

 

7 – Newborn Memang Kuat Makan

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 13
Gambar : unsplash.com

Baby baru ni sangatlah penting untuk kita susukan dia untuk nutrien dan perkembangan kesuluruhan, so bila sampai masa untuk susukan baby, buat je tau. Jangan ragu-ragu atau rasa bersalah sebab bagi baby makan banyak, it’s important!

 

8 – Pembacaan Yang Menggembirakan

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 14
Gambar : bookbub.com

Read things that make you happy, read books that help you parent and read things that make you laugh. 

 

9 – Pantang Tu Best Tau!

10 Tips Untuk Bersedia Sambut Baby 15
Gambar : cloudfront.net

Jangan tinggalkan rutin berpantang sebab pantang ni penting untuk pulihkan badan secara keseluruhan, mental dan fizikal. Plus, pantang ni best tau, semua benda orang buatkan  

 

10 – Get To Know Your “MINI ME”

Sambut baby
Gambar : raisingchildren.net.au

Cuba untuk kenal pasti dan belajar tentang baby korang, apa yang dia suka, apa yang dia tak suka sebab kita selalu fikir baby tak ada citarasa tapi sebenarnya dia pun pandai juga ye. 

 

Mengandung memang menakutkan dan kadang kita rasa tak bersedia.  Tapi as long as korang banyak berdoa, InshaAllah you will have a smooth pregnancy and delivery. Oh jangan lupa kalau korang nak buat aqiqah, tempahlah dekat theaqiqah..com tau! Kami sediakan servis aqiqah yang terbaik dan pantas, murah pulak tu..hmm kalau tak tempah dekat kami, rugi tau! So kilk link dekat bawah untuk menempah ye, nak tengok je pun boleh ..  

 

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG

 

 

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant.

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 17

Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant.

Masa pregnant ni sebenarnya, banyak perkara yang perlu dititikberatkan bagi ibu-ibu yang pregnant ni. Bukan saja kesihatan, malah corak pemakanan yang sihat juga sangat penting bagi memastikan kandungan dalam perut sentiasa baik. Namun, antara perkara yang sukar untuk dielakkan sudah semestinya fasa mengidam. Dah nama pun mengidam kan, macam-macamlah makanan yang kita teringin nak makan. Mengidam sebenarnya adalah disebabkan oleh peningkatan hormon dan ia adalah normal bagi ibu yang pregnant.

Kambing Aqiqah

Tapi ingat, mengidam tak bermakna korang boleh makan je apa-apa makanan yang korang teringin nak makan tau! Tahu tak, bila dah pregnant ni, ada makanan yang korang perlu elak dan boleh memudaratkan kesihatan? Bahaya weh!

 

  1. Telur Mentah / Telur Rebus

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 18

Haa nampak macam biasa je kan? Sebenarnya telur mentah, kurang masak atau telur rebus ni mengandungi bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan keracunan makanan. Bila dah keracunan makanan ni, automatik korang akan mengalami cirit-birit, muntah dan sebagainya. Ini akan menyebabkan sistem imun ibu yang pregnant lemah dan menjejaskan perkembangan bayi. Hati-hati!

 

  1. Makanan Mentah / Daging Mentah

Masa pregnant

Mesti ramai peminat sushi kat sini kan? Bila dah pregnant ni, kalau boleh hentikanlah sekejap makan sushi tu. Kajian ada membuktikan yang makanan mentah akan mendedahkan seseorang itu, terutamanya ibu yang pregnant kepada bakteria sekali gus mengganggu perkembangan awal kandungan. Bayangkan, bakteria ni boleh merebak ke seluruh badan termasuklah kandungan dalam perut.

 

  1. Kafein Berlebihan

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 19

Antara punca kelahiran bayi premature adalah disebabkan oleh pengambilan kafein yang berlebihan. Mungkin kita tak sedar, tapi kafein sebenarnya terkandung dalam jenis-jenis minuman seperti teh dan minuman bertenaga yang lain. Bagi ibu pula, kafein berlebihan boleh merosakkan kandungan kalsium dalam tulang. Ia berbahaya kerana dikatakan bertindak pantas dan boleh merebak masuk ke dalam plasenta. Jadi untuk kesihatan diri, elakkan ye!

 

  1. Makanan Dalam Tin

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 20

Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya makanan dalam tin tak elok untuk ibu yang pregnant. Kenapa? Lapisan dalam tin makanan sebenarnya mengandungi Bisphenol A (BPA) iaitu bahan toksik yang boleh menjejaskan endokrin pada janin. Bukan tu je, ia akan membawa kepada masalah kesuburan, penyakit hati, kanser dan sebagainya.

 

  1. Organ Dalaman

5 Makanan Ibu-Ibu Wajib Elak Masa Pregnant. 21

Organ dalaman juga adalah antara makanan yang perlu dielakkan oleh ibu yang pregnant. Organ dalaman yang dimaksudkan adalah seperti hati, ginjal, otak dan sebagainya. Walaupun sesetengah organ dalaman seperti hati mengandungi nutrien paling tinggi dan banyak vitamin A, namun makanan sebegini tak sesuai diambil oleh mereka yang pregnant. Antara kesannya adalah kecacatan pada muka, kepala atau menyebabkan masalah toksik hati yang kritikal.

 

 

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

TEMPAH KAMBING AQIQAH SEKARANG!

 

Korban Aqiqah : Hukum, Syarat dan Cara Perlaksanaan

Kambing Aqiqah

Ibadah korban aqiqah di Malaysia adalah simbolik untuk ianya disekalikan dengan majlis bercukur / memotong jambul. Namun, adakah ianya sekadar adat & budaya Melayu atau ianya sebahagian daripada ajaran Islam?

Dalam artikel ini, kami akan bantu anda fahami hukum, syarat dan cara perlaksanaan ibadah aqiqah.

Korban Aqiqah Kambing

Tujuan Korban Aqiqah

Ibadah aqiqah adalah bertujuan bagi menzahirkan tanda kesyukuran kita kepada Allah swt atas kelahiran bayi yang dikurniakan ke atas kita.

Hukum Korban Aqiqah

Hukum ibadah Aqiqah adalah sunat muaakkad, sunat yang digalakkan ke atas penjaga yang bakal menanggung nafkah hidup bayi tersebut, sekiranya berkemampuan.

Kadar Aqiqah adalah berbeza bergantung kepada jantina bayi iaitu :

Anak lelaki : 2 ekor kambing atau 2/7 daripada seekor unta/lembu
Anak perempuan : 1 ekor kambing atau 1/7 daripada seekor unta/lembu

Syarat Korban Aqiqah

1. Niat ketika penyembelihan
2. Haiwan penyembelihan dalam keadaan sempurna sifat (tidak cacat) dan telah matang (cukup umur)

Bila Ibadah Aqiqah Perlu Dilakukan

Hari ke 7 kelahiran, di sekalikan dengan pemberian nama yang baik serta mencukur rambut bayi.

Namun sekiranya tidak berkemampuan, adalah disunatkan untuk dibuat sebelum anak ini mencapai baligh.

TEMPAH KAMBING AQIQAH MURAH SEKARANG

TEMPAH KAMBING AQIQAH MURAH SEKARANG

TEMPAH KAMBING AQIQAH MURAH SEKARANG