Korban Aqiqah : Hukum, Syarat dan Cara Perlaksanaan

Ibadah korban aqiqah di Malaysia adalah simbolik untuk ianya disekalikan dengan majlis bercukur / memotong jambul. Namun, adakah ianya sekadar adat & budaya Melayu atau ianya sebahagian daripada ajaran Islam?

Dalam artikel ini, kami akan bantu anda fahami hukum, syarat dan cara perlaksanaan ibadah aqiqah.

Korban Aqiqah Kambing

Tujuan Korban Aqiqah

Ibadah aqiqah adalah bertujuan bagi menzahirkan tanda kesyukuran kita kepada Allah swt atas kelahiran bayi yang dikurniakan ke atas kita.

Hukum Korban Aqiqah

Hukum ibadah Aqiqah adalah sunat muaakkad, sunat yang digalakkan ke atas penjaga yang bakal menanggung nafkah hidup bayi tersebut, sekiranya berkemampuan.

Kadar Aqiqah adalah berbeza bergantung kepada jantina bayi iaitu :

Anak lelaki : 2 ekor kambing atau 2/7 daripada seekor unta/lembu
Anak perempuan : 1 ekor kambing atau 1/7 daripada seekor unta/lembu

Syarat Korban Aqiqah

1. Niat ketika penyembelihan
2. Haiwan penyembelihan dalam keadaan sempurna sifat (tidak cacat) dan telah matang (cukup umur)

Bila Ibadah Aqiqah Perlu Dilakukan

Hari ke 7 kelahiran, di sekalikan dengan pemberian nama yang baik serta mencukur rambut bayi.

Namun sekiranya tidak berkemampuan, adalah disunatkan untuk dibuat sebelum anak ini mencapai baligh.

TEMPAH KAMBING AQIQAH MURAH SEKARANG

TEMPAH KAMBING AQIQAH MURAH SEKARANG

TEMPAH KAMBING AQIQAH MURAH SEKARANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *